[vc_row][vc_column][vc_column_text]

SHAH ALAM -30 OGOS seramai 200 orang sukarelawan dan  2 orang wakil dari 100 NGOI  bersama-sama menjadi sukarelawan menjayakan program ini. Program ini  di adakan sekitar Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.

Objektif program ini memberi penerangan kepada para pengunjung Sambutan Ambang Merdeka supaya menjauhi maksiat seperti berdua-duaan dengan yang bukan mahram (couple), khalwat, arak, judi, LGBT dan seumpamanya. Usaha kecil ini diharap dapat membantu pihak Penguatkuasa Agama, JAIS mengurangkan masalah maksiat di malam Sambutan Ambang Merdeka.

Para sukarelawan telah menyantuni para pengunjung terutamanya golongan sasaran anak muda dan remaja yang dilihat cenderung melakukan maksiat di khalayak ramai dengan memberikan kipas tangan yang mengandungi mesej jauhi maksiat yang dibekalkan oleh penganjur.

[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2182″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2184″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor