PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL
Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

KUNJUNGAN BAHAGIAN PENYELIDIKAN JAIJ KE PUSAT PEMURNIAAN AKIDAH BAITUL IMAN


ULU YAM BHARU 11 September – Seramai 12 orang pegawai daripada Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemurniaan Akidah Baitul Iman.

Lawatan diketuai oleh Ustaz Haji Ahmad Hanif bin Naim, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) bertujuan mendapatkan maklumat berhubung penubuhan Baitul Iman di samping melihat keseluruhan operasi Baitul Iman.

Perbincangan dipengerusikan oleh Ustaz Suhaimi bin Ismail, Pengurus Pendaftaran Mualaf. Turut serta wakil pegawai daripada Sektor Hartanah MAIS, Sektor Pembangunan Sosial MAIS dan Bahagian Undang-Undang MAIS.

Program berakhir dengan lawatan sekitar Baitul Iman. Diharapkan kunjungan ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak selain dapat mengukuhkan hubungan silaturrahim antara JAIJ dengan MAIS.

Berita MAIS

Comments are disabled.