PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL
Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

SHAH ALAM 13 September  –  Seramai 15 orang pegawai daripada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) diketuai oleh Dato’ Haji Osman bin Muda, Yang Dipertua MAIDAM telah mengadakan lawatan ke Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Lawatan disambut dengan mesra oleh YAD Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Pengerusi MAIS bersama pengarah-pengarah MAIS dan wakil daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Mufti Selangor,Lembaga Zakat Selangor (LZS) serta Perbadanan Wakaf Selangor (PWS).

Tujuan utama lawatan ke MAIS adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di samping mendapatkan maklumat berhubung pengurusan wakaf dan zakat di negeri Selangor. Diharapkan kunjungan ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak selain dapat mengukuhkan hubungan silaturrahim antara MAIS dengan MAIDAM.

Berita MAIS

Comments are disabled.