[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 11 September  –  Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO-i) yang berdaftar di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) disaran sentiasa bersedia dalam menghadapi cabaran-cabaran berdakwah kepada Non Muslim dan juga Muslim dalam mendepani sebarang anasir ataupun ancaman yang boleh menggugat kedudukan Islam sama ada ancaman akidah dan masalah sosial masyarakat Islam.

Menurut Anggota MAIS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO-i), YDH CP (B) Dato’ Pahlawan Mohd Shukri bin Dahlan, NGO-i MAIS perlu bersikap proaktif dan bersepadu dalam menyatakan pendirian berhubung isu-isu semasa ummah dalam usaha mempertahankan kesucian agama Islam.

“Dalam mendepani isu dan cabaran masa kini, NGO-i MAIS perlulah bersatu dalam apa juga tindakan supaya ikatan tali silaturrahim dapat dijaga dengan baik di samping mengambil pendekatan nilai kesatuan ummah supaya tindakan dapat dilaksanakan secara bersepadu”, katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucapan perasmian penutup di dalam Majlis Persidangan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan MAIS 2019 Dan Majlis Penyampaian Bantuan Dana NGO-I di Dewan Orkid, Wisma PKPS, Seksyen 14 Shah Alam.

Pada majlis yang sama turut diadakan Diskusi Santai bertajuk ‘Peranan NGO-i Dalam Memperkukuhkan Islam Sebagai Agama Persekutuan Dan Mendaulatkan Institusi Raja Berperlembagaan Berdasarkan Perlembagaan Malaysia’ bertujuan memberi pendedahan kepada peserta bagi berkongsi cabaran dakwah dan gerakan dakwah yang berkesan.

Dalam majlis ini juga, sebanyak 78 NGO-i MAIS telah menerima bantuan dana dari MAIS yang disampaikan oleh YDH CP (B) Dato’ Pahlawan Mohd Shukri bin Dahlan, Anggota MAIS merangkap Pengerusi Jawatankuasa NGO-I MAIS diiringi oleh Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS.

Pada tahun ini, MAIS telah memperuntukkan RM1.019 juta kepada NGO-i MAIS bagi memperkasa dakwah dan mambangunkan sahsiah umat Islam. Antara penerima bantuan dana MAIS adalah Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Selangor(LKPIS), Yayasan Kasih Tauhid, Yayasan Ikhlas dan Yayasan Al-Jenderami.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2168″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2167″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor