[vc_row][vc_column][vc_column_text]

SABAK BERNAM 10 September – Karnival Sukan Pusat (KASUP) 2019 disambut meriah dengan penglibatan 4 buah Rumah Pemulihan Al-Riqab (RPA) iaitu Darul Islah (PERKID), Darul Islah Lil Banat, Raudhatus Sakinah dan Kompleks Dar Assaa’dah (MAIWP) anjuran Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan.

Karnival sukan ini telah memasuki penganjuran kali ke-8 di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan iaitu bermula pada tahun 2009 dengan penganjurannya secara bergilir bersama Rumah Perlindungan Dar Assaa’dah. Pada tahun ini, sebanyak 7 acara dipertandingkan antaranya ialah pertandingan karom, bola tampar, ping pong, bola jaring, batu seremban, congkak dengan penglibatan seramai 150 orang peserta.

Penganjuran KASUP kali ini memperlihatkan usaha kakitangan pusat –pusat perlindungan untuk memantapkan sahsiah diri dan semangat bekerjasama bagi melahirkan penghuni-penghuni yang berdaya saing serta berfikiran positif dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat di samping dapat mengeratkan ukhwah dikalangan penghuni  rumah perlindungan dan juga kakitangan.

Juara Keseluruhan dimenangi oleh Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan (MAIS) diikuti naib juara oleh Kompleks Dar Assaadah (MAIWP) dan tempat ketiga oleh Rumah Raudhatus Sakinah.

Program ini dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Salasiah Hanin Hamjah, Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Pelawat Rumah Perlindungan Wanita Baitul Ehsan. Turut serta Ustaz Mohd Makhi bin Adnan, Penguasa Baitul Ehsan.

[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2176″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2175″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor