[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 12 Oktober –  Bersempena dengan Bulan Membaca MAIS 2019, Pusat Pengetahuan MAIS telah mengadakan Pertandingan ‘Spelling Bee dan Spell It Right’ sebagai salah satu langkah untuk memberikan informasi baru serta menarik minat pengunjung menjadikan Perpustakaan Wakaf MAIS sebagai tempat mencari ilmu pengetahuan.

Pertandingan ini terbuka kepada anak-anak pegawai MAIS serta orang awam. Seramai 4 orang peserta kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini dan 7 orang peserta bagi kategori dewasa. Peserta yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga akan mendapat hadiah hamper pada Majlis penutup Bulan Membaca & Sejarah MAIS 2019.

Pendaftaran peserta bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengahari.

Objektif utama pertandingan ini diadakan adalah untuk membentuk nilai murni serta akhlak yang baik di samping memupuk nilai persaingan secara sihat di kalangan peserta sepanjang pertandingan berlangsung.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2338″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”2336″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2337″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”2335″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor