PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL
Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS ANJUR TAKLIMAT SYIAH – SATU ANCAMAN AKIDAH


SHAH ALAM 21 Oktober  – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menganjurkan program Taklimat Syiah – Satu Ancaman Akidah bertempat di Hotel De Palma.

Taklimat ini diadakan bagi menjunjung Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor supaya diberikan taklimat penerangan berkaitan syiah kepada semua Exco, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ketua-Ketua Jabatan di Negeri Selangor.

Program selama setengah ini turut dihadiri oleh Ketua-ketua Jabatan Sektor Awam dan Swasta seluruh Selangor, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO-i) yang berdaftar di bawah MAIS bertujuan memberi kefahaman dan pendedahan kepada peserta tentang bahayanya syiah di kalangan umat Islam masa kini.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni, Pembantu Exco Hal Ehwal Agama Islam Dan Pendidikan Negeri Selangor. Turut serta Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS.

Sebanyak dua pembentangan kertas kerja dalam program ini antaranya adalah ‘Sejarah Syiah” yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr Kamaluddin Nudin Marjuni, Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia dan ‘Fatwa Tentang Fahaman Syiah’ yang disampaikan oleh Sahibus Samahah Dato’ Dr Haji Anhar bin Opir, Timbalan Mufti Selangor.

Berita MAIS

Comments are disabled.