[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 11 November  –  Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dan Yayasan MyAqsa telah mengadakan Majlis Pelancaran Tabung Wakaf Khas Palestin di Dewan Syarahan dan Muazakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Amat Dihormati Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin Bin Haji Munawi, Pengerusi MAIS.

Tujuan utama diwujudkan tabung ini adalah untuk menyelaraskan bantuan dan apa-apa sahaja sumbangan yang diberikan dalam bentuk tunai, dapat disalurkan terus kepada Kedutaan Palestin di Negara Malaysia. Dalam majlis ini MAIS turut menyumbangkan RM20,000.00 kepada tabung wakaf khas untuk membantu keperluan dan kebajikan rakyat Palestin.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Sahibus Samahah Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes Bin Abd Wahid, Dato Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Sahibus Saadah Tuan Haji Mohd Shahzihan Bin Ahmad, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor dan Yang Berbahagia Dr. Ahmad Shahir Bin Makhtar, Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor.

Kepada masyarakat awam khususnya di Negeri Selangor yang hendak memberikan sumbangan berbentuk tunai kepada rakyat di Palestin bolehlah menyalurkan sumbangan ke Tabung Wakaf Khas Palestin, Bank Islam 12038010107832.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2374″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”2373″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2375″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”2460″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor