[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 23 Disember – Satu majlis pelancaran Little Free Library (LFL) MAIS dan penyampaian hadiah pemenang pertandingan sempena bulan membaca dan sejarah MAIS 2019 telah dilancarkan oleh Setiausaha MAIS. Tujuan LFL MAIS ialah sebagai medium perkongsian ilmu dan bahan bacaan dalam kalangan kakitangan Bangunan Sultan Idris Shah dan orang awam.

Bersempena dengan majlis pelancaran ini, pihak Pusat Pengetahuan telah menjemput Dr. Wan Satirah binti Wan Mohd Saman bagi memberikan ceramah berkenaan ‘Biblioterapi : manfaat membaca untuk merawat jiwa’. Ceramah ini bertujuan memberi pendedahan bahawa membaca juga merupakan salah satu elemen dalam terapi. Koleksi buku-buku terapi boleh digunakan bagi merawat pesakit yang menghadapi masalah jiwa seperti kemurungan dan tekanan.

Hadiah pemenang pertandingan bulan membaca dan sejarah MAIS 2019 telah disampaikan oleh Dr. Hj. Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS. Seramai 24 orang pemenang telah mendapat hadiah wang tunai manakala 27 orang pemenang telah mendapat hadiah berbentuk hamper.

Bagi memeriahkan majlis pelancaran tersebut, Pusat Pengetahuan juga telah menjemput pihak Karangkraf membuat jualan buku dengan harga yang berpatutan. Pusat Pengetahuan MAIS juga telah meletakkan kotak wakaf berhampiran lori buku Karangkraf bagi memudahkan orang ramai mewakafkan buku yang telah dibeli oleh pegawai dan orang awam.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2513″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”2515″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2517″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”2518″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor