[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 28 Jan – Y.A.B Dato’ Menteri Besar telah menyampaikan beberapa mandat kepada semua Agensi-Agensi Agama Islam Selangor untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan agar selari dengan hasrat Kerajaan Negeri Selangor yang menuju ke arah Smart State iaitu kerajaan pintar dalam penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat khususnya berkaitan dengan hal ehwal Islam.

Beliau berkata demikian dalam ucapan di Majlis Perhimpunan Agensi Hal Ehwal Islam Negeri Selangor Bersama-sama Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini, 28 Jan.

Y.A.B Dato’ juga menyarankan agar semua agensi sentiasa bertanggungjawab dan berperanan selain mematuhi piagam, peraturan dan tatakerja. Setiap agensi perlu berperanan lebih luas lagi kerana agensi ini ada kaitan langsung dengan agama Islam dan tanggungawab kepada Allah SWT dan masyarakat.

Katanya, semua agensi perlu bersedia menilai apa yang dilakukan. Adakah ia menunjukkan kualiti sepertimana dalam al-Quran.

Selain itu, YAB Dato’ juga menyarankan agar setiap agensi sentiasa meningkatkan ilmu dan pengetahuan sebagai akar penting agar dapat dikembangkan dalam masyarakat. Sentiasa bersedia untuk berubah demi kebaikan.

Perhimpunan diakhiri dengan pelancaran Gagasan Islamic Saviour Obedience dan Jurnal Al-Ummah, Penyerahan Sijil Penghargaan Program Pementoran JAIS Tahun 2019 dan Penyerahan Watikah Pelantikan Program Pementoran JAIS Tahun 2020.

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) diwakili oleh Dr. Hj Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS.

Perhimpunan dihadiri 500 orang warga Agensi Hal Ehwal Islam Negeri Selangor.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2631″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”2633″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2632″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”2635″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor