PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL
Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS TERIMA KUNJUNGAN UNITAR


SHAH ALAM 29 Januari – Delegasi dari Unitar International University (UNITAR) diketuai oleh Prof. Dr. Noor Raihan Ab Hamid, Naib Canselor UNITAR telah mengadakan lawatan ke Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Lawatan disambut dengan mesra oleh Dr. Hj. Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS bersama pengarah-pengarah MAIS dan wakil daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Kolej Universiti Islam Antabangsa Selangor (KUIS).

Tujuan utama lawatan ini adalah bagi mengeratkan hubungan silaturrahim di samping memperkenalkan UNITAR selain menjalinkan kerjasama yang bersesuaian dengan MAIS.

Antara lain Dr. Noor Raihan berkongsi kelebihan yang ada di UNITAR yang diharapkan dapat dimanfaatkan bersama MAIS dan agensi dan anak syarikat yang berkaitan.

Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara MAIS dengan UNITAR.

Berita MAIS

Comments are disabled.