[vc_row][vc_column][vc_column_text]HULU SELANGOR 2 Februari – Walaupun mereka penagih dadah, namun mereka juga ingin bebas dari belenggu penagihan ini. Mereka dengan rela hati ingin berubah.  Melihat kesungguhan mereka ini, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Pembangunan Sosial telah melaksanakan yang pertama bagi tahun 2020 iaitu Program Ilaj & Rehab Riqab Siri 1/2020.

Program yang diadakan selama 3 hari 2 malam ini bertujuan memberi kesedaran dan pemulihan kepada penagih dadah ini.

Seramai 18 peserta di bawah terapi Methadone Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor menyertai Program Ilaj & Rehab Riqab ini.

Melalui program ini dapat mewujudkan sifat kesungguhan dalam diri untuk pulih dari ketagihan dadah, membuka ruang dan peluang untuk mereka terus istiqamah dalam proses pemulihan.

Antara proses pemulihan yang diketengahkan ialah penggunaan modul Istitabah iaitu rawatan spiritual Islam.

Salah sorang peserta yang mengikuti program ini merasa sangat terharu kerana masih ada yang mengambil berat dan memberikan sokongan kepada mereka.

Diharapkan agar program seperti ini dapat meningkatkan istiqamah serta menyuntik semangat penagih-penagih dadah ini untuk terus hidup seperti manusia normal.

Sesi ceramah dan perasmian penutup program ini disempurnakan oleh YBhg. Dr. Jahid bin Sidek, Ahli Jawatankuasa Riqab Negeri Selangor.

Turut hadir di dalam program ini adalah wakil-wakil Rumah Pemulihan Riqab MAIS kategori pemulihan dadah.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2691″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2690″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor