PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL
Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS TERIMA KUNJUNGAN PERSATUAN HALFWAY HOME FOR FURLY STRAYS


SHAH ALAM 28 Jan – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah terima kunjungan daripada Persatuan Halfway Home For Furly Strays pada 28 Januari 2020 di Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam.

Kunjungan tersebut di sambut baik oleh YBhg. Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS. Turut hadir ialah Ustaz Suhaimi bin Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS.

Kunjungan tersebut membincangkan berkaitan program-program untuk menggerakkan program komuniti seperti menyantuni manusia, haiwan dan alam sekitar. Selain itu, kunjungan juga bertujuan melestarikan jalinan kolaborasi dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta tentang program CSR kepada haiwan.

Persatuan Halfway Home For Furly Strays adalah sebuah persatuan yang menganjurkan program perpaduan, keharmonian serta kedamaian dalam memupuk kesedaran awam terhadap persekitaran yang mesra haiwan.

Berita MAIS

Comments are disabled.