PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL
Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS SERTAI USAHA MEMPERKUKUH TULISAN JAWI


KUALA LUMPUR 6 Februari – Majlis Dakwah Negara (MDN) telah menjemput Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang diwakili oleh Setiausaha MAIS, Dr Hj Ahmad Shahir Makhtar untuk berada di dalam Jawatankuasa Pemandu Memperkukuh Tulisan Jawi.

Pembentukan Jawatankuasa ini bertujuan memandu gerak kerja serta usaha yang mampu dilaksanakan ke arah memperkukuhkan tulisan jawi di Negara ini.

Mesyuarat pertama telah diadakan hari ini, 6 Feb yang dipengerusikan oleh Prof. Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid.

Turut hadir wakil-wakil dari JAKIM, DBP, Jabatan Warisan, Persatuan Institusi Tahfiz Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Negeri-negeri dan sebagainya.

Berita MAIS

Comments are disabled.