[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 18 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Agensi Agama Islam Selangor dan Anak Syarikat MAIS akan menyertai Kejohanan Sukan MAIS Antara Agensi Agama Islam Selangor dan Anak Syarikat MAIS (KESUMAS) pada tahun ini.

Menurut Pengerusi MAIS, Dato’ Setia Mohammed Khusrin Munawi berkata Kejohanan Sukan MAIS (KESUMAS) 2020, merupakan program sukan tahunan MAIS yang keenam serta dihoskan secara bergilir-gilir antara MAIS, Agensi Islam Negeri Selangor dan Anak Syarikat MAIS.

“Pada tahun ini MAIS telah dilantik sebagai penganjur utama bagi kejohanan KESUMAS yang akan berlangsung pada September 2020.

“Kejohanan KESUMAS ini membabitkan penglibatan agensi agama Islam Selangor yang terdiri dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS), Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dan Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS) serta turut dimeriahkan dengan penglibatan anak syarikat MAIS,” katanya.

Menurutnya lagi, program yang diadakan secara dwi tahunan ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim antara semua pegawai agensi agama Islam di samping menggalakkan daya saing yang sihat.

“Menerusi program ini juga kita dapat melahirkan warga kerja yang sihat dan cergas serta memberi peluang kepada mereka untuk mengenali antara satu sama lain,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Malam Jalinan Ukhuwah Pengerusi MAIS semasa merasmikan kejohanan KESUMAS 2020 baru-baru ini yang turut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi MAIS, agensi agama Islam Selangor dan Anak Syarikat MAIS.

Sebanyak 12 acara sukan yang akan dipertandingkan antaranya adalah sukan bola sepak, bola jaring, bola tampar, ping pong, sepak takraw dan pelbagai acara sukan yang lain.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2831″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor