[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 18 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyampaikan penghargaan kepada agensi agama Islam Selangor, agensi dan anak syarikat MAIS dalam satu majlis bersama Pengerusi MAIS yang diadakan di sini malam tadi.

Penghargaan disampaikan oleh Dato’ Setia Mohammed Khusrin Munawi, Pengerusi kepada Agensi Islam dan Anak Syarikat MAIS bagi pelbagai kategori termasuk Inovasi, tadbir urus dan komitmen.

Kategori Inovasi Media Sosial Terbaik yang dimenangi oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS), kategori Inovasi Media Massa terbaik dimenangi oleh Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Kategori Inovasi Syarikat Berstatus Multimedia Super Corridor (MSC) dimenangi oleh Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Bagi kategori Tadbir Urus Terbaik Penarafan 5 Bintang Akauntabiliti dan Sijil Bersih Penyata Kewangan yang dimenangi oleh Perbadanan Wakaf Selangor ( PWS), kategori Tadbir Urus Konsisten Prestasi Cemerlang dimenangi oleh Teraju Ekonomi Asnaf.

Manakala bagi Kategori Komitmen Terbaik Tahap Cemerlang, 5 Bintang Indeks Akauntabiliti dan Sijil Cemerlang HRMIS 100% dimenangi oleh Jabatan Mufti Selangor.  Manakala bagi,kategori Komitmen Terbaik Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang dimenangi oleh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.

Tidak ketinggalan, turut menerima anugerah bagi kategori Komitmen Terbaik Penganjuran Konvensyen Peringkat Kebangsaan dimenangi oleh Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor, kategori Komitmen Terbaik Penglibatan Penuh Penyediaan Pelan Strategik MAIS 2020-2024 yang dimenangi oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan kategori Komitmen Terbaik Anak Syarikat MAIS paling lama ditubuhkan diterima oleh Bakti Suci Holding Sdn Bhd.

Turut sama di majlis ini, Setiausaha MAIS, Dr. Ahmad Shahir Makhtar. Hampir 90 orang hadir di Majlis Jalinan Ukhwah ini dari kalangan Pengurusan Tertinggi MAIS, agensi agama Islam Selangor bersama anak syarikat MAIS.

Jutaan tahniah kepada meraka yang telah menerima penghargaan ini.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2815″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”2817″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2816″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”2818″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor