Berita MAIS

MAIS SUMBANG RM10.9 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR)
SHAH ALAM, 29 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menyerahkan sumbangan RM10.9 juta kepada 27 buah Rumah Pemulihan Riqab (RPR) menerusi Geran Bantuan Pemulihan Riqab bagi membantu kebajikan asnaf riqab khususnya di Negeri Selangor. Sumbangan RM10,973,640.00 itu melibatkan kos program, pengurusan dan penjagaan Asnaf Riqab di Rumah Pemulihan Riqab yang berada di bawah seliaan MAIS bagi tahun 2024.Antara RPR yang menerima bantuan ialah Rumah Teduhan Kasih, Rumah Puteri Arafiah, Rumah Penawar Alam Jaya, Rumah Perlindungan dan Bimbingan Wanita Bayt Rahmah dan Rumah Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah. MAIS juga turut menyumbang sebanyak RM357,000.00 kepada 1,190 orang asnaf riqab di negeri ini bagi membantu asnaf-asnaf tersebut membuat persiapan awal menyambut kedatangan Syawal tidak lama lagi. Sumbangan yang menggunakan peruntukan zakat asnaf riqab ini bertujuan untuk membantu asnaf riqab yang memerlukan bantuan pemulihan, perlindungan, rawatan, pencegahan dan kawalan bagi menggalakkan mereka kembali ke pangkal jalan. MAIS berharap bantuan yang diberikan dapat digunakan sebaiknya terutama kepada pengusaha RPR bagi membantu rumah terbabit menjalankan tanggungjawab sosial untuk memastikan asnaf riqab tersebut diberi perlindungan, pemulihan dan bimbingan yang sewajarnya. Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS pada Majlis Tadarus dan Iftar Perdana Rumah Pemulihan Riqab Tahun 2024 di sini hari ini. Majlis ini juga berjaya menghimpunkan seramai 145 orang asnaf riqab untuk bertadarus disusuli dengan Majlis Khatam Al-Quran dan Solat Sunat Tarawikh.Turut hadir ialah Tan Sri Dato’ Hashim Meon, Pengerusi Jawatankuasa Riqab MAIS; Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS; Puan Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS dan Tuan Haji Azmi Kassim, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor. #mais #menjunjungamanah  MAIS SUMBANG RM10.9 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 29 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh March 29, 2024 MAIS SUMBANG RM200 RIBU KEPADA RAKYAT GAZA SHAH ALAM, 28 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh March 28, 2024 MAJLIS IFTAR RUMAH PEMULIHAN RIQAB MAIS DAERAH HULU LANGAT Hulu Langat, 27 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh March 27, 2024 BAKTI SUCI SDN BHD MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE SEKTOR BAITULMAL MAIS SHAH ALAM, 25 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh March 25, 2024 TAKLIMAT BERKAITAN PENGURUSAN HARTA PUSAKA ANAK YATIM DI MASJID NURUL IMAN, SERENDAH, HULU SELANGOR HULU SELANGOR, 23 MAC – Sempena Majlis Sumbangan Duit Raya… Berita Penuh March 23, 2024 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor