MAIS SUMBANG RM200 RIBU KEPADA RAKYAT GAZA
SHAH ALAM, 28 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyerahkan sumbangan berjumlah RM200,000.00 kepada Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Gaza yang terlibat dengan peperangan bagi membantu dan meringankan beban dan penderitaan di negara mereka. Sumbangan dana ini adalah daripada peruntukan sumber Baitulmal MAIS yang akan diselaraskan kutipannya oleh Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI). Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza adalah satu inisiatif yang digerakkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebagai persediaan pembangunan semula Gaza pasca peperangan. Selain itu, sumbangan MAIS ini juga bertujuan sebagai tanda sokongan MAIS terhadap Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza yang sentiasa menyokong sebarang inisiatif murni dan misi manusia sejagat termasuk membantu meringankan kesengsaraan yang sedang dialami oleh rakyat Gaza. MAIS juga menyeru dan mengingatkan khususnya kepada umat Islam di Selangor agar terus menyokong saudara Islam di Gaza dan jika ingin menyalurkan sumbangan pastikan menerusi pihak yang tepat dan telah diberikan tanggungjawab oleh kerajaan. Teruskan berdoa, menunaikan solat hajat dan memberi sokongan tanpa berbelah bahagi untuk keselamatan rakyat Gaza. Kebersamaan kita terutamanya melalui doa dan sokongan ini perlu sentiasa ada untuk mereka.Penyampaian replika cek sumbangan disempurnakan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS kepada DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dalam Majlis Berbuka Puasa Ihya Ramadhan DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat di Masjid Kota Kemuning di sini hari ini. Hadir sama dalam majlis ini ialah Dato Haji Mohamad Shahzihan Ahmad, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor dan Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS. MAIS SUMBANG RM200 RIBU KEPADA RAKYAT GAZA SHAH ALAM, 28 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh March 28, 2024 BAKTI SUCI SDN BHD MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE SEKTOR BAITULMAL MAIS SHAH ALAM, 25 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh March 25, 2024 TAKLIMAT BERKAITAN PENGURUSAN HARTA PUSAKA ANAK YATIM DI MASJID NURUL IMAN, SERENDAH, HULU SELANGOR HULU SELANGOR, 23 MAC – Sempena Majlis Sumbangan Duit Raya… Berita Penuh March 23, 2024 MAJLIS IFTAR RUMAH PEMULIHAN RIQAB MAIS DAERAH SABAK BERNAM Sabak Bernam, 22 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh March 22, 2024 MAIS TERIMA KUNJUNGAN YAYASAN DIGITAL MALAYSIA SHAH ALAM, 21 Mac– Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari… Berita Penuh March 21, 2024 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor