Fiqh Kontemporari

Muallaf: Hubungan Dengan Keluarga Non-Muslim

Story Highlights
  • Islam Itu Mudah
  • Knowledge is power
  • The Future Of Possible
  • Hibs and Ross County fans on final
  • Tip of the day: That man again
  • Hibs and Ross County fans on final
  • Spieth in danger of missing cut

Bergelar saudara baharu bukanlah perkara mudah, tidak seperti mereka yang dilahirkan sebagai seorang Islam. Bagi mereka yang bergelar muallaf pada usia muda, cabaran yang ditempuhi barangkali lebih hebat, lebih-lebih lagi jika masih bergantung kepada keluarga, seperti mereka yang masih di bangku sekolah atau universiti.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Ibu bapa merupakan dua insan yang wajib ditaati oleh anak-anak selagi mana mereka tidak menyeru kepada perkara-perkara maksiat. Anak-anak wajib berbuat baik terhadap kedua ibu bapa mereka walaupun mereka tidak beriman dan menyeru kepada kekufuran. Hubungan ibu bapa dan anak-anak akan kekal walaupun berlainan agama.

Imam Ibn Kathir berkata: “Jika kedua orang tuamu memaksa kamu epada agama mereka, maka janganlah kamu mengikutnya dan alam pada masa yang sama ia tidaklah menjadi penghalang bagimu untuk berbakti kepada keduanya di dunia dengan cara yang baik.

Dalam mendepani masalah tersebut, 3 perkara utama berserta solusi yang biasa berkait dengan isu pergaulan dengan keluarga non-muslim adalah seperti berikut:

1 ISU PERGAULAN BERSAMA IBUBAPA
Islam tidak menghalang orang bukan Islam yang memeluk Islam untuk terus berhubungan dan bersilaturrahim dengan keluarganya yang bukan Islam. Malah di dalam al-Quran, ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala memerintahkan seorang muslim untuk tetap melayani dengan baik ibu-bapanya yang bukan Islam walaupun mereka pernah mengajaknya untuk mensyirikkan ALLAH (Kembali kepada agama asal).

Allah SWT telah berfirman:
Maksudnya: “Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan-Ku atas sesuatu yang engkau tidak mengetahuinya, maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaullah dengan
mereka di dunia dengan cara yang baik.

2 ISU MAKAN BERSAMA
Harus hukumnya untuk makan bersama keluarga yang tidak Islam, malah harus makan makanan yang dimasak/dihidangkan oleh orang bukan Islam, namun hendaklah dipastikan dahulu makanan itu adalah halal dan tidak bercampur dengan sebarang bahan yang haram.

Mengenai bekas yang digunakan oleh ahli keluarga yang bukan Islam pula, harus juga digunakan bekas tersebut jika diyakini bersih. Jika tidak mendatangkan fitnah dan syak wasangka di kalangan ahli keluarga lain, adalah lebih baik untuk membasuh bekas-bekas tersebut terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

3 ISU IBADAH SOLAT
Apabila seseorang muallaf sudah bergelar Islam, wajib ke atasnya mempelajari tatacara solat dan menunaikannya sekadar kemampuannya sebagai seorang yang baru mempelajari Islam.

Maka, Apabila seseorang muallaf sudah bergelar Islam, wajib ke atasnya mempelajari tatacara solat dan menunaikannya sekadar kemampuannya sebagai seorang yang baru mempelajari Islam.

Dalam isu ini, carilah bilik atau ruangan yang bersih untuk beribadah. ikis perasaan takut dan cari jalan yang harmoni khususnya jika eluarga tidak bersetuju. Pastikan kita melakukan ibadah kerana Allah dan bukan kerana takut kepada makhluk. Hal ini sepertimana bacaan kita dalam doa iftitah yang kita baca sewaktu solat:

Maksudnya: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.”

KESIMPULAN

Kami berpandangan bahawa tidak menjadi masalah untuk tinggal bersama dengan ahli keluarga yang masih belum memeluk Islam.

Sifat yang mulia dan berhikmah hendaklah sentiasa ditonjolkan agar menjadi bentuk dakwah dan secara tidak langsung kepada anggota keluarga. Satu peluang dakwah yang terbuka luas untuk dimanfaatkan serta dapat memberi penerangan secara langsung mengenai Islam kepada ahli keluarga yang masih belum memeluk agama Islam. Wallahua’lam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button