|
______________________________________________________________________________________________
Kewajipan Majlis tentang kemajuan ekonomi dan sosial orang Islam
7. (1) maka hendaklah manjadi kewajipan Majlis untuk menggalakkan, mendorong, membantu dan mengusahakan kemajuan dan kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat Islam di dalam Negeri Selangor selaras dengan Hukum Syarak.
7. (2) Majlis hendaklah mempunyai kuasa, bagi maksud menunaikan kewajipannya di bawah subseksyen (1)--
(a) untuk menjalankan segala aktiviti, yang tidak melibatkan apa-apa unsur yang tidak dibenarkan oleh Agama Islam, khususnya memajukan perusahaan komersial dan perindustrian, yang penjalanannya ternyata kepada Majlis adalah perlu, berfaedah atau menyenangkan bagi atau berkaitan dengan penunaian kewajipan yang sedemikian, termasuklah membuat, memasang, memproses, membungkus, menggred dan memasarkan keluaran-keluaran.
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003
______________________________________________________________________________________________

|