[vc_row][vc_column][vc_column_text]PULAU INDAH 20 Ogos – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) Islamic Relief Malaysia (IRM) mengagihkan sumbangan makanan asas dalam Program Bantuan Makanan Asas kepada penduduk Kg Perigi Nanas, Pulau Indah.

Penyerahan pada hari ini melibatkan 44 buah keluarga penerima di sekitar Kg Perigi Nenas, Pulau Indah. Keluarga yang dipilih telah melalui proses saringan dan pemilihan bagi memastikan mereka benar-benar berhak dan objektif bantuan tercapai.

Penyerahan sumbangan dan perasmian program disempurnakan oleh Encik Zaharudin bin Salim, Ketua Audit Dalam MAIS.

Tujuan program ini diadakan adalah bagi meringankan beban dan tanggungan keluarga yang benar-benar terkesan akibat wabak COVID19.

Selain itu, menjadi tanggungjawab MAIS dalam memenuhi keperluan muslim khususnya di Negeri Selangor dalam cakna dan prihatin dengan keperluan Muslim yang lain dalam keadaan bencana dan pasca bencana.

“MAIS dan IRM berharap sumbangan ini dapat menceriakan keluarga dan meringankan sedikit tanggungan dalam menghadapi pandemik COVID-19.” ujarnya.

Turut hadir Encik Fauzi Ketua Kampung Kg Perigi Nenas, Puan Halimahton Saadiah Pengurus Bahagian Program IRM, Encik Haris Sharim Pengurus Bahagian Pengurusan Komuniti IRM dan Puan Fadhilah Rahim Pengurus Bahagian Kreatif dan Inovasi IRM.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4092″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4094″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4093″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4095″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor