Khamis, 20 Zulhijjah 1440 / 22 Ogos 2019

Berita

Majlis Penyampaian Hadiah Bulan Membaca MAIS 2014

SHAH ALAM 17 Disember  –  Satu Majlis Penyampaian Hadiah Bulan Membaca MAIS 2014 telah diadakan di Perpustakaan Wakaf, Seksyen 3.

Program Bulan Membaca MAIS ini diadakan bermula pada 2 Jun sehingga 29 Ogos lalu.  Sebanyak enam jenis pertandingan yang dijalankan antaranya ialah Pertandingan Fotografi (Ragam Membaca), Pertandingan Review Buku, Pertandingan Silang kata dan Slogan (Saya suka membaca kerana…..), Pertandingan Pinjaman Buku Terbanyak Sepanjang Bulan Membaca dan Pertandingan Teka Jumlah Buku dan Berat Keseluruhan.

Penyampaian hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Timbalan Setiausaha MAIS diiringi oleh Encik Mohd Hafiz bin Abdul Salam, Pengurus Perpustakaan Wakaf.