Khamis, 20 Zulhijjah 1440 / 22 Ogos 2019

Berita

MAIS Sampaikan Bantuan Bina Rumah Kepada Muallaf Orang Asli MAIS Sampaikan Bantuan Bina Rumah Kepada Muallaf Orang Asli

SEPANG  16 Disember  – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menyerahkan sumbangan bantuan bina rumah kepada muallaf di Kampung Orang Asli, Bukit Bangkong.

Seramai 26 orang penerima sekitar daerah Sepang telah menerima bantuan bina rumah yang disampaikan oleh Dato' Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS.

Bantuan bina rumah ini merupakan salah satu bantuan yang diberikan oleh MAIS berdasarkan permohonan mualaf yang layak dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Antara syarat pemohonan untuk mendapatkan bantuan bina rumah ini ialah pengIslaman di bawah 5 tahun, mempunyai tanah sendiri dan perlu mendapatkan surat sokongan dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA).

Bantuan ini juga merupakan salah satu tanggungjawab sosial MAIS bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh muallaf di samping menyediakan kediaman yang selesa kepada muallaf yang baru memeluk Islam.

Sumbangan yang menggunakan asnaf muallaf Lembaga Zakat Selangor (LZS) ini memperuntukkan sebanyak RM45,000.00 bagi setiap permohonan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1,170,000.00.

Penerima terdiri daripada penduduk Daerah Sepang (15 Orang), Daerah Kuala Langat (5 Orang) dan Hulu Selangor (6 Orang).

Turut hadir Encik Bakar bin Unos, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Negeri Selangor, Ustaz Suhaimi bin Ismail, Pengurus Bahagian Pengurusan dan  Pembangunan Muallaf MAIS dan Encik Fadhli bin Yohman, Pengurus Cawangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) Daerah Sepang.