Khamis, 20 Zulhijjah 1440 / 22 Ogos 2019

Berita

MAIS Serah Sumbangan RM1.4 Juta Kepada Muallaf

SHAH ALAM 15 Disember –  Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah menyerahkan sumbangan zakat bernilai RM1.4 juta kepada muallaf bagi tahun ini meliputi Sumbangan Bantuan Pendidikan IPTA/S & Institusi Khas Muallaf MAIS, Bantuan ‘Back To School' Muallaf dan Sumbangan Zakat Perniagaan PKNS untuk Pembangunan Muallaf.

Daripada jumlah ini, MAIS telah memperuntukkan sebanyak (RM1.3 juta) kepada Bantuan Pendidikan IPTA/S & Institusi Khas Muallaf MAIS, Sumbangan Bantuan ‘Back To School Muallaf (RM40,000) dan Sumbangan Zakat Perniagaan PKNS Untuk Pembangunan Muallaf (RM75,000).

Bagi penerima sumbangan Zakat Perniagaan PKNS kepada Pembangunan Muallaf menerima sumbangan antara RM5000 hingga RM30,000. Antara penerima sumbangan adalah Panel Dakwah Muallaf MAIS untuk cetakan semula Buku Teks Muallaf Edisi Khas (RM30,000), Badan Dakwah Daerah Petaling (RM10,000) PTAD Hulu Langat (RM10,000), Islamic Information & Services Foundation (RM5000), Tetuan PERKIM (RM5000), Tetuan Persatuan Kebajikan Dan Pengurusan Islam Orang Asli Selangor (RM5000), Kuala Lumpur And Selangor Multiracial Reverted Muslims (RM5000) dan Hidayah Centre (RM5000).

Majlis penyampaian ini di samping bantuan-bantuan lain yang diberikan membuktikan bahawa MAIS begitu mengambil berat hal kebajikan saudara baru bagi pembangunan muallaf khususnya di negeri Selangor.

Sumbangan yang menggunakan asnaf muallaf Lembaga Zakat Selangor (LZS) ini disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Timbalan Setiausaha MAIS diiringi oleh Encik Abdul Basith bin Hamid, Timbalan Pengurus Besar, Lembaga Zakat Selangor (LZS). Turut hadir Tuan Haji Azlan bin Md Alifiah, Pengurus Besar PKNS.