Khamis, 20 Zulhijjah 1440 / 22 Ogos 2019

Berita

Baitul Iman anjur Karnival Sukan Al-Riqab (KASUAL)

ULU YAM BHARU  4 Disember – Buat julung-julung kalinya Pusat Pemurnian Akidah, Baitul Iman, MAIS telah menganjurkan Karnival Sukan Al-Riqab (KASUAL) yang menghimpunkan pelatih-pelatih rumah pemulihan Al-Riqab sekitar Selangor.  

Program ini bertujuan melahirkan pelatih yang cergas dan sihat melalui aktiviti kesukanan di samping dapat menonjolkan bakat kesukanan yang terdapat pada dalam diri pelatih selain dapat mewujudkan ikatan kemesraan dan kekeluargaan di antara pelatih dan kakitangan.

Juara keseluruhan bagi tempat pertama telah dimenangi oleh CCSC, Agensi Anti Dadah, manakala tempat kedua pula dimenangi oleh Rumah Pemulihan Teduhan Kasih. Tempat ketiga dirangkul oleh Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman.

Sebanyak 11 buah rumah pemulihan sekitar Selangor menyertai Karnival Sukan ini antaranya adalah Rumah Budi, Darul Islah, Rumah Penawar, dan Rumah Pengasih.

Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Prof. Dr. Mujaini bin Tarimin, Ahli MAIS. Turut hadir Ustazah Hafizatul Akmal Binti Abd Jalil, Pengurus Bahagian Pemulihan Al-Riqab dan Ustaz Izhar bin Ismail, Penguasa Baitul Iman.

Sepanjang karnival sukan ini berlangsung, semua peserta yang terlibat telah mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi demi menjadikan sukan sebagai satu riadah untuk mengeratkan jalinan ukhwah dan kerjasama yang erat di antara pusat-pusat perlindungan yang lain.