Ahad, 30 Ramadan 1438 / 25 Jun 2017
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

ANAK YATIM DAERAH KUALA SELANGOR&SABAK BERNAM TERIMA SUMBANGAN AIDILFITRI

SABAK BERNAM  4 Jun  - Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 1,506 anak yatim dari daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam di Masjid Makmuniah, Sungai Nipah.

Baginda hadir dalam majlis itu pada waktu tengah hari dan menyerahkan sumbangan daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) yang membabitkan jumlah keseluruhan sebanyak RM150,600 sebagai persiapan kepada mereka untuk menyambut hari raya.

Sumbangan Aidilfitri ini melibatkan sembilan daerah yang digabungkan kepada lima pusat agihan di masjid-masjid terpilih di negeri Selangor.

Hadir sama YAD. Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa, Pengerusi MAIS, Dato’ Haris bin Kasim, Pengarah JAIS, dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, Exco Hal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi.