Isnin, 2 Safar 1439 / 23 Oktober 2017
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

ASNAF RIQAB DIRAI

SUBANG 8 Jun -  Seramai  50 buah keluarga asnaf riqab telah menerima sumbangan Baucer Jom Shopping Hari Raya di Mydin USJ dan Program Berbuka Puasa di Hotel Alya, Klang.

Dalam majlis ini penerima bujang menerima sumbangan baucer shopping berjumlah RM250 manakala penerima berkeluarga menerima sumbangan berjumlah RM500. Baucer yang diberikan kepada asnaf riqab ini digunakan untuk pembelian barang-barang keperluan di Pasaraya MYDIN, USJ.

Sumbangan baucar ini secara tidak langsung dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh asnaf riqab dalam membuat persiapan hari raya aldilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.

Sumbangan baucar ini diberikan mengikut zon yang telah ditetapkan oleh MAIS.