Khamis, 1 Zulhijjah 1438 / 24 Ogos 2017
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN ANAK YATIM DAERAH PETALING DAN KLANG

SHAH ALAM 10 Jun  -  Sebanyak RM 224,300.00 telah diperuntukan oleh Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) bagi menyalurkan sumbangan aidilfitri kepada anak-anak yatim di daerah Petaling dan Klang.

DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor telah berkenan mencemar duli berangkat ke majlis ini dan menyerahkan sumbangan hari raya aidilfitri kepada anak-anak yatim.

Seramai 2,243 orang anak-anak yatim di daerah Klang dan Petaling menerima setiap seorang           RM100.00 bagi membantu menghadapi persiapan aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

Baginda turut berkenan menerima sumbangan Permodalan Nasional Selangor Berhad (PNSB) berjumlah RM150,000 disampaikan Pengurus Kanan Sumber Manusia dan Pentadbiran PNSB, Mohd Yusof Joned, khusus bagi menyalur infaq Aidilfitri kepada anak yatim pada tahun ini.

Selain itu, baginda turut berkenan menerima penyerahan tanah wakaf kepada YIDE di Pulau Indah seluas 1.9 ekar oleh penyumbang, Mohamed Mohar Ibrahim untuk dibangunkan rumah kebajikan.

Hadir sama YAD. Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa, Pengerusi MAIS, Dato’ Setia Mohd Tamyes bin Abd Wahid, Mufti Selangor, Dato’ Haris bin Kasim, Pengarah JAIS dan Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS.