Ahad, 30 Ramadan 1438 / 25 Jun 2017
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

RAJA MUDA SELANGOR SAMPAI BANTUAN ANAK YATIM KARIAH KUALA LANGAT DAN SEPANG

CYBERJAYA  11 Jun  -  Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Penyerahan Sumbangan Aidilfitri kepada Anak Yatim Daerah Kuala Langat dan Sepang di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya di sini, tengah hari tadi.

Tengku Amir yang tiba kira- kira jam 12.10 tengah hari di masjid itu disambut oleh Pengerusi MAIS, YAD. Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, Mufti Negeri Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim.

Tengku Amir kemudiannya, menyampaikan sumbangan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) kepada  748 anak yatim mewakili anak yatim kariah Kuala Langat dan Sepang.

Sebanyak RM 74,800 diperuntukkan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) bagi membantu golongan itu bagi menghadapi persiapan Aidilfitri.

YIDE juga turut menerima sumbangan daripada pihak Koridor Padu Sdn Bhd sebanyak RM 100,000.00, PKNS Real Estate RM 34,000.00 dan DaturmCorp International RM 10,000.00.