Ahad, 30 Ramadan 1438 / 25 Jun 2017
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

SULTAN SELANGOR BERBUKA PUASA BERSAMA RAKYAT DI MASJID ARA DAMANSARA

PETALING JAYA 13 Jun – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Ara Damansara.

Pada majlis itu, baginda berkenan menyampaikan sumbangan zakat berjumlah RM1.77juta kepada Tabung Kebajikan Perubatan Hospital di 17 buah hospital sekitar Kuala Lumpur dan Selangor bagi meringankan beban pesakit yang kurang berkemampuan serta memerlukan pembiayaan rawatan hospital.

Baginda juga berkenan menerima zakat perniagaan bagi tahun berakhir 2016, daripada empat syarikat berjumlah RM8.8 juta serta menyampaikan sumbangan duit raya kepada 264 orang terdiri daripada golongan fakir, miskin dan muallaf.

Empat syarikat itu ialah Kumpulan DRB Hicom Berhad sebanyak RM5.5juta, Universiti MAHSA (RM1.3 juta), Jakel Trading (RM1juta) dan Sime Darby Property (RM1juta).

Turut hadir mengiringi baginda ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Pengerusi MAIS, YAD. Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim.