Ahad, 30 Ramadan 1438 / 25 Jun 2017
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

SULTAN SELANGOR BERKENAN BERBUKA PUASA BERSAMA RAKYAT DI MASJID TENGKU AMPUAN JEMAAH, BUKIT JELUTONG

SHAH ALAM 15 Jun - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berbuka puasa, menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih bersama rakyat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.

Pada majlis itu, baginda berkenan menyampaikan sumbangan zakat sempena menyambut Ramadhan dan Syawal kepada 252 asnaf fakir dan miskin serta 120 asnaf muallaf dengan setiap seorang menerima wang tunai berjumlah RM500.

Baginda juga turut berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan bernilai RM11.7 juta bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) daripada empat syarikat iaitu Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) dan Seriemas Development Sdn Bhd.

Sementara itu, Yang Dihormatkan Orang Besar Daerah Petaling, Dato’ Haji Emran Bin Haji Kadir dalam ucapannya berkata, daerah Petaling mempunyai bilangan masjid paling banyak di Selangor iaitu 83 buah daripada 418 buah keseluruhan masjid di negeri Selangor atau kira-kira 20%.

Beliau berkata walaupun banyak masjid akan dan sedang dibina tetapi masih terdapat kawasan perumahan lama di daerah Petaling yang belum mempunyai masjid.

Turut hadir mengiringi baginda ialah Pengerusi MAIS, YAD Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa, Mufti Selangor, YAD Dato Setia Haji Mohd Tamyes bin Abdul Wahid dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim.