Sabtu, 26 Zulkaedah 1438 / 19 Ogos 2017
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

HARI KECEMERLANGAN PELATIH PUSAT PERLIDUNGAN WANITA BAITUL EHSAN 2017

SABAK BERNAM 12 Julai  -  Bahagian Pemulihan Al Riqab, MAIS melalui Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan telah mengadakan Hari Kecemerlangan Pelatih 2017 pada 12 Julai 2017 bertempat di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Sabak Bernam. Perasmian Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS.

Seramai 27 orang telah diberi anugerah dan antara anugerahnya iaitu Pelatih Terbaik Mengikut Kuliah, Pelatih Terbaik Mengikut Kelas Kemahiran Vokasional, Subjek Terbaik Keseluruhan, Ketua Rumah Terbaik, Ketua Pelatih Terbaik, Anugerah Khas Disiplin Terbaik dan Anugerah Khas Al Riqab.

Objektif pelaksanaan majlis adalah menghargai kesungguhan dan kegigihan pelatih yang telah berjasa sepanjang tempoh pemulihan di Baitul Ehsan serta mengiktiraf kejayaan mereka dalam membebaskan diri dari dibelenggu dan memberi kesempatan kepada masyarakat luar mengenali dan mengetahui mengenai Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan di bawah seliaan MAIS.

Turut hadir ke majlis iaitu Tuan Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Pengarah Pembangunan Sosial dan Ustaz Mohd Makhi bin Adnan, Penguasa Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan.