Rabu, 27 Muharram 1439 / 19 Oktober 2017
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

SAMBUTAN HARI RAYA 2017

SHAH ALAM 19 Julai - Biarpun Syawal sudah menghampiri penghujungnya, namun suasana meriah Aidilfitri masih terasa apabila amalan kunjung mengunjung dan rumah terbuka terus diadakan. 

Bagi warga Bangunan Sultan Idris Shah yang terdiri daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Jabatan Mufti Selangor, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) serta tidak ketinggalan Lembaga Zakat Selangor (LZS), Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS), Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Masjid Negeri dan NGO-i turut sama menganjurkan Majlis Sambutan Aidilfitri bagi meraikan kakitangan yang diadakan di tempat letak kenderaan Bangunan SIS.

Majlis bermula dari pukul 11.00 pagi sehingga 3.00 petang dengan menu makanan yang pelbagai disediakan kepada tetamu bagi menambahkan lagi keceriaan majlis. Antara hidangan yang disediakan ialah kambing golek,satey, lemang, nasi arab dan pelbagai hidangan raya. Majlis diserikan dengan kehadiran Dato’ Menteri Besar Selangor, Pengerusi MAIS, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Setiausaha MAIS dan Dato’ Mufti Selangor.