Rabu, 24 Rabiulawal 1439 / 14 Disember 2017
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

SEMINAR PEMANTAPAN AKIDAH UMMAH PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2017

SHAH ALAM 25 Julai – Seramai 150 orang peserta di kalangan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO-i), Agensi Kerajaan Negeri, Pengarah-Pengarah, Ketua-Ketua Jabatan dan pelajar-pelajar sekolah, telah mengikuti Seminar Pemantapan Akidah Ummah Peringkat Negeri Selangor 2017 yang telah diadakan di Dewan Muktamar, Masjid UiTM.

Seminar selama setengah hari ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai kefahaman Islam di samping menjelaskan serta mengukuhkan pegangan fahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah kepada para paserta.

Selain itu, seminar ini juga diadakan bagi menyebarkan maklumat kepada masyarakat supaya berhati-hati dan mengenali ciri kebatilan aliran menyeleweng serta mengukuhkan kefahaman mengenai ciri akidah Islamiah.

Ahli forum terdiri daripada S.S. Dr. Haji Anhar bin Haji Opir, Timbalan Mufti Negeri Selangor dan Bro Shah Kirit Kalkulal Govidji, Pengerusi Pertubuhan Jaringan Perpaduan Global (UNITY) serta moderator forum oleh Puan Noraini binti Hussin, Penasihat Badan Kebajikan Wanita Selangor (BAKEWANIS).

Dalam seminar ini juga, turut diadakan pembentangan kertas kerja bertajuk: ‘Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah’ yang disampaikan oleh Ustaz Jamali bin Mohd Adnan, Pegawai Tadbir, Pejabat Agama Islam Daerah Klang dan Kertas Kerja bertajuk: ‘Pintu-Pintu Menyebabkan Kesesatan’ yang disampaikan oleh Usta Rumaizi bin Ahmad, Timbalan Pengerusi Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Selangor (PUMSel).

Seminar ini telah dirasmikan oleh YDH CP (B) Dato’ Pahlawan Mohd Shukri bin Dahlan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO-i) merangkap Ahli MAIS.

Program ini anjuran Bahagian Dakwah JAIS dengan kerjasama NGO-i MAIS, Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Selangor (PUMSel), Pertubuhan Jaringan Perpaduan Global (UNITY) dan Badan Kebajikan Wanita Selangor (BAKEWANIS).