Sabtu, 26 Zulkaedah 1438 / 19 Ogos 2017
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

JOM SERTAI PERTANDINGAN BULAN MEMBACA MAIS 2017

SHAH ALAM 1 Ogos   –  Bermula pada 1 Ogos sehingga 31 Oktober 2017, Perpustakaan Wakaf MAIS atau Pusat Pengurusan Pengetahuan MAIS yang terletak di Wisma MAIS, Seksyen 3 akan menganjurkan aktiviti dan program khas sempena Bulan Membaca MAIS 2017 yang terbuka kepada semua ahli perpustakaan wakaf MAIS.

Sebanyak 2 kategori pertandingan yang dijalankan iaitu kategori dewasa dan kategori kanak-kanak. Antara jenis pertandingan kategori dewasa adalah Pertandingan Fotografi, Pertandingan Review Buku, Pertandingan Silangkata dan Pertandingan Pinjaman Buku Terbanyak, manakala bagi kategori kanak-kanak adalah Pertandingan Mewarna (7-9 tahun), Pertandingan Puzzle (7-9 tahun), Pertandingan Pantas Membaca Jawi (10-12 tahun) dan Pertandingan Penanda Buku Kreatif (10-12 tahun). 

Selain itu, sepanjang bulan membaca MAIS juga turut diadakan program Le Tour De MAIS iaitu terbuka kepada pegawai MAIS yang menjadi ahli perpustakaan sahaja. Program ini merupakan perkhidmatan troli bergerak kepada setiap bahagian di MAIS bagi menggalakkan pinjaman buku kepada setiap pegawai MAIS.

Program bulan membaca MAIS ini telah dirasmikan oleh Prof. Dato’ Mujaini bin Tarimin, Ahli MAIS yang dihadiri oleh Pengurus-pengurus bahagian di MAIS. Turut serta dalam majlis perasmian ini ialah Ustaz Daud Lin bin Abdullah, Pengarah Penyelidikan MAIS.

Pada majlis perasmian ini juga turut diadakan aktiviti perkongsian ilmu ‘Kemajuan Teknologi Maklumat’ yang disampaikan oleh Prof. Dr. Sohaimi bin Zakaria, Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat UITM. 

Sebarang pertanyaan dan informasi berkaitan Pertandingan Bulan Membaca MAIS 2017 ini bolehlah menghubungi Encik Zharif dan Puan Shahirah di talian 03-55108631 atau bolehlah melayari laman web http://libmais.gov.my atau www.perpustakaanwakaf.blogspot.com.