Rabu, 27 Muharram 1439 / 19 Oktober 2017
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

PERBINCANGAN PERSEFAHAMAN DAN LAWATAN TAPAK PUSAT PEMULIHAN BAITUL ISLAH MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) DAN AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN (AADK)

SERENDAH 3 Ogos  -  Bahagian Pemulihan Al Riqab, MAIS telah mengadakan Perbincangan Persefahaman Dan Lawatan Tapak di Pusat Pemulihan Baitul Islah, Serendah oleh AADK pada 3 Ogos 2017. Perbincangan tersebut dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS. Delegasi daripada AADK diketuai oleh YBhg. Dato’ Dr. Abd. Halim bin Mohd Hussin, Ketua Pengarah AADK.

Antara tujuan perbincangan diadakan adalah mewujudkan kerjasama yang kukuh di antara MAIS dan AADK dalam menangani penempatan pesakit-pesakit HIV di negeri Selangor. Selain itu, perbincangan tersebut juga penting dalam menentukan tugas, tanggungjawab serta peranan dalam membantu membangunkan Pusat Pemulihan Baitul Islah, Serendah milik MAIS.

Turut hadir dalam perbincangan tersebut iaitu Pengarah Pembangunan Sosial, Pengurus Pemulihan Al Riqab, Pengurus Sumber Manusia, wakil Penasihat Undang-undang, Pegawai Kanan AADK, Pengarah AADK Negeri Selangor, wakil Jabatan Kesihatan Negeri Selangor serta Pengarah Cure& Care Rehabilitation Centre (CCRC).