Rabu, 27 Muharram 1439 / 19 Oktober 2017
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

KURSUS PENYEDIAAN PERANCANGAN TAHUNAN DAN LAPORAN PERTUBUHAN ISLAM BUKAN KERAJAAN (NGO-I) MAIS

SHAH ALAM 6 Ogos  -  Unit Penyelarasan (NGO-i ) MAIS telah mengadakan Kursus Penyediaan Perancangan Tahunan Dan Laporan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO-i) MAIS bertempat di Dewan Muktamar, UiTM.

Kursus ini dihadiri seramai 170 orang peserta di kalangan Yang Dipertua dan Setiausaha NGO-i di bawah MAIS bertujuan memberi pendedahan kepada peserta untuk membuat laporan aktiviti yang lebih sistematik.

Dalam kursus ini, peserta diberi penerangan dengan Garis Panduan NGO-i, Kaedah Pemantauan Dan Penilaian Prestasi Program, Kaedah Penyediaan Laporan Program dan Kaedah Penilaian dan Pemarkahan Laporan. Antara NGO-i yang hadir dalam kursus ini adalah Halaqah, Wadah Selangor, Penjawis dan Yayasan Faqeh. Kursus ini disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Fuad bin Mohd Salleh daripada Ahli Jawatankuasa (NGO-i ) MAIS.