Rabu, 27 Muharram 1439 / 19 Oktober 2017
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

MAIS RAI PELAJAR-PELAJAR ORANG ASLI KE KIDZANIA

DAMANSARA 8 Ogos -  Bagi membangunkan jati diri kanak-kanak orang asli sekitar Selangor untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam aspek pendidikan dan pembangunan kendiri, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Persatuan Kebajikan Dan Pengurusan Islam Negeri Selangor (PKPI) telah menganjurkan program Jalinan Kasih Kanak-Kanak Orang Asli Negeri Selangor Dan Majlis Sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PKNS kepada (PKPI) yang diadakan di KIDZANIA.

Program yang diadakan selama sehari ini melibatkan seramai 35 orang pelajar kanak-kanak orang asli berumur 10 hingga 12 tahun yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan untuk mengikuti segala aktiviti yang diadakan di dalam KIDZANIA secara percuma bertujuan bagi menyuntik semangat kanak-kanak orang asli untuk bercita-cita tinggi dalam pelajaran maupun pekerjaan di masa akan datang.

Program ini merupakan siri yang pertama daripada beberapa siri program orang asli antaranya ialah Program Peningkatan Sahsiah Diri Remaja Orang Asli dan Program Rumahku Syurgaku.

Pada majlis ini juga turut diadakan Penyampaian Sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PKNS kepada Persatuan Kebajikan Dan Pengurusan Islam Negeri Selangor (PKPI) berjumlah RM50,000.00. 

Penyampaian sumbangan disampaikan oleh Haji Suhaimi bin Haji Kasdon, Pengurus Besar Pembangunan Strategik PKNS kepada Encik Norazman bin Jamalin, Timbalan Pengerusi, Persatuan Kebajikan dan Pengurusan Islam Negeri Selangor (PKPI).

Program ini dirasmikan oleh Tuan Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS.