Rabu, 28 Zulhijjah 1438 / 21 September 2017
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

MAJLIS SILATULRAHIM PENGERUSI MAIS BERSAMA NGO-I SELANGOR

SHAH ALAM  17 Ogos - Bagi memberi ruang kepada semua pimpinan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO-i) untuk berkongsi idea dan bertukar-tukar pandangan dalam usaha memertabatkan Agama Islam, satu majlis Silaturahmi Pengerusi MAIS bersama (NGO-i) Selangor telah diadakan bertempat di Dewan Muktamar, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS).

Program anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Mufti Selangor (JMS) ini menghimpunkan seramai 150 orang (NGO-i)          di kalangan Yang Dipertua dan Setiausaha NGO-i di sekitar Selangor untuk sama-sama melontar pandangan dan beberapa penambahbaikan demi Agama Islam.

Program bual bicara secara santai ini menampilkan tiga orang ahli panel iaitu YAD. Dato' Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa, Pengerusi MAIS, YBhg. C.P (B) Dato' Pahlawan Mohd Shukri bin Dahlan, Pengerusi Jawatankuasa NGO-i MAIS dan YBhg. SS Dr. Haji Anhar bin Hj Opir, Timbalan Mufti Negeri Selangor dan YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Fuad bin Mohd Salleh, Ahli Jawatankuasa Pembangunan NGO-i MAIS selaku moderator.

Antara NGO-i yang hadir dalam program ini adalah Yayasan Tauhid, Halaqah, Wadah Selangor dan Penjawis.