Ahad, 29 Safar 1439 / 19 November 2017
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

KUNJUNG HORMAT JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN KE PUSAT PEMULIHAN AKIDAH BAITUL IMAN, ULU YAM SELANGOR

Ulu Yam 24 Ogos – Pusat Pemulihan Akidah Baitul Iman telah menerima Kunjungan Hormat daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada 21 Ogos 2017 di pusat pemulihan tersebut. Kunjungan tersebut disambut baik oleh Ustazah Hafizatul Akmal binti Abd Jalil, Pengurus Pemulihan Al Riqab MAIS serta Ustaz Izhar bin Ismail, Penguasa Pusat Pemulihan Akidah Baitul Iman.

Kunjungan daripada JAWI diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penguatkuasaan JAWI iaitu Encik Wan Jaapar bin Wan Ahmad. Selain itu turut hadir wakil daripada Penasihat Undang-undang JAWI serta Bahagian Dakwah JAWI.

Antara tujuan lawatan adalah bagi mendapatkan beberapa maklumat berkaitan dengan prosedur penempatan dan kaedah-kaedah pemulihan bagi pesalah akidah sepanjang ditempatkan di pusat tersebut

Semoga lawatan yang diadakan dapat mewujudkan persefahaman dua hala di antara MAIS dan JAWI serta mengukuhkan lagi hubungan silaturahim yang telah terbina sekian lama.