Rabu, 28 Zulhijjah 1438 / 21 September 2017
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR LIHAT PERMOHONAN WASIAT ATAS TALIAN MAIS

SHAH ALAM 28 Ogos  – Seramai 8 orang pegawai dari Bahagian Harta Baitulmal, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) telah mengadakan lawatan ke Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bertempat di Bilik Mesyuarat Al- Mukarramah, Bangunan Sultan Idris Shah.

Lawatan ini diketuai oleh Puan Hajah Hasanah binti Supaat, Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan Majlis Agama Islam Johor bertujuan melihat sistem yang digunapakai oleh MAIS terutama permohonan wasiat secara atas talian di samping berkongsi ilmu penulisan wasiat. 

Perbincangan ini dipengerusikan oleh Puan Norraini binti Noordin, Pengarah Baitulmal. Pelbagai persoalan dan buah fikiran dilontarkan sepanjang sesi perbincangan diadakan dan diharapkan perjumpaan seumpama ini dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara MAIS dan Majlis Agama Islam Johor.