Rabu, 28 Zulhijjah 1438 / 21 September 2017
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

PERBADANAN WAKAF SELANGOR (PWS) LAKSANAKAN IKRAR BEBAS RASUAH (IBR)

SHAH ALAM 6 September  - Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) iaitu anak syarikat MAIS telah melaksanakan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bagi menyatakan komitmen ke arah mewujudkan sebuah organisasi kawal selia yang berintegriti.

Pelaksanaan ikrar yang dianjurkan secara bersama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor itu memperlihatkan komitmen kerja  dan keinginan PWS untuk berkhidmat dalam suasana kerja yang kondusif dan bebas rasuah demi menjalankan tanggungjawab serta amanah terutama kepada umat Islam khususnya di Selangor.

Semenjak penubuhan PWS pada 11 Januari 2011, PWS telah berjaya mengumpul dana wakaf tunai berjumlah lebih RM204 juta melalui kutipan Saham Wakaf Selangor  dan sebahagian dana berkenaan telah disalurkan untuk pembinaan 8 buah masjid, 21 buah surau, 4 buah institusi pendidikan di sekitar Selangor. Selain itu, dana wakaf ini juga turut membiayai pembelian wakaf Al-Quran serta buku-buku rujukan Oxford Centre Of Islamic Studies, Universiti Oxford.

Majlis upacara lafaz dan menandatangani ikrar ini melibatkan pengurusan tertinggi PWS, warga kerja PWS serta anak syarikatnya iaitu Urus Maju Ehsan Sdn. Bhd yang diketuai oleh Dato’ Mohammad bin Yacob, Ketua Pegawai Eksekutif PWS disaksikan oleh  YAD. Dato’ Setia Ramli bin Mahmud, Pengerusi PWS dan Dato’ Wan Ramli bin Wan Abdullah, Pengarah SPRM Selangor.

Pada majlis yang sama, PWS turut menerima Sijil Audit Bersih daripada Jabatan Audit Negara Cawangan Selangor bagi audit Penyata Kewangan PWS yang disampaikan oleh Puan Rokiah binti Sahat, Timbalan Pengarah Audit Selangor.