Ahad, 29 Safar 1439 / 19 November 2017
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

KUNJUNGAN SAMBIL BELAJAR KOLEJ UNIVERSITI SAITO KE BAHAGIAN UNDANG-UNDANG MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

SHAH ALAM 11 SEPT –   Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima kunjungan sambil belajar daripada pelajar bidang “Law and Enforcement” daripada Kolej Universiti Saito, Petaling Jaya.

Lawatan ahli rombongan seramai 80 orang pelajar dan diketuai oleh Puan Ameeza binti Ahmad Pua’at, Pensyarah Akademik Sekuriti Saito Kolej Universiti Saito bertujuan mengenali MAIS secara lebih dekat sama ada dari segi fungsi dan perjalanan MAIS terutama untuk mempelajari dengan lebih dekat berkaitan fungsi Bahagian Undang-Undang di MAIS.

Rombongan ini disambut dengan mesra oleh Puan Nurhani Salwa bin Jamaluddin, Penasihat Undang-Undang MAIS. Selain diberi taklimat berkaitan perjalanan MAIS, ahli rombongan juga turut diberi peluang mengemukakan pelbagai soalan bagi mendapatkan penjelasan berkaitan isu atau persoalan yang dibangkitkan. Diharapkan lawatan tersebut dapat mengeratkan hubungan di antara MAIS dan Kolej Universiti Saito.