Rabu, 27 Muharram 1439 / 19 Oktober 2017
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

PROGRAM PERPUSTAKAAN WAKAF BERSAMA KANAK-KANAK TADIKA

SHAH ALAM 15 September  – Program Perpustakaan Wakaf MAIS bersama kanak-kanak tadika Seksyen 4 telah diadakan bertujuan mendedahkan murid tadika tentang kepentingan perpustakaan sebagai tempat untuk mencari ilmu di samping sebagai tempat rujukan dan pengetahuan.

Program ini berlangsung selama setengah hari dan disertai seramai 47 orang murid tadika dan    6 orang guru pengiring. Pelbagai aktiviti menarik sepanjang program berlangsung antaranya ialah senaman “chicken dance”, pertandingan mewarna, pertandingan padan dan warna, dan pertandingan “music chair”.

Program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan Perpustakaan Wakaf MAIS kepada para pelajar, ibubapa dan guru-guru di Pusat Asuhan Tunas Islam supaya mereka mendapat maklumat tentang kepentingan perpustakaan dan berharap pelajar terbabit dapat menjadikan perpustakaan sebagai rumah kedua pada masa akan datang.