Rabu, 27 Muharram 1439 / 19 Oktober 2017
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

PENGERUSI MAIS SAMBUT BAIK KUNJUNGAN DELEGASI CHINA

SHAH ALAM 26 September  -  Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima kunjungan delegasi China daripada ARA HALAL Development Services Centre, Zhengzhou City Henan China yang diketuai oleh Encik Abdul Rahim Albert Hsiu, Pengurus Besar, ARA HALAL Development Services Centre.

Kunjungan disambut baik oleh YAD Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa, Pengerusi MAIS bertujuan bagi menjalinkan hubungan hubungan silaturahim serta berkongsi pandangan dan pengalaman sesama umat Islam.

Turut hadir ialah Ustaz Ahmad Solihin bin Maryakon, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Halal JAIS. ARA HALAL Development Services Centre merupakan sebuah badan yang mengeluarkan Sijil Halal di negara China di samping mengeluarkan garis panduan persijilan halal dan menyediakan khidmat nasihat teknikal halal.