Rabu, 27 Muharram 1439 / 19 Oktober 2017
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

MAIK LIHAT PENGURUSAN PENDAFTARAN MUALLAF DAN OPERASI BAITUL SALAM

KLANG 3 Oktober   –  Bahagian Pendaftaran Muallaf, Sektor Pembangunan Sosial , Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Rumah Perlindungan Muallaf Baitul Salam, Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah dikunjungi oleh delegasi Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Delegasi lawatan seramai 5 orang diketuai oleh Ustazah Yasmoon bt Mohamed, Pegawai Dakwah Kanan MAIK bersama pegawai MAIK serta pegawai daripada Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan (JHEIK).

Lawatan selama setengah hari bermula pada sebelah pagi dengan kunjungan ke Sektor Pembangunan Sosial, Kompleks  MAIS, Klang disambut mesra oleh Ustaz Suhaimi bin Ismail, Pengurus Pendaftaran Muallaf disusuli pada sebelah tengahari dengan kunjungan ke Rumah Perlindungan Muallaf Baitul Salam (LZS) di Jalan Kebun, Klang disambut baik oleh Encik Abdul Basith bin Hamid, Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf LZS.

Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan maklumat berhubung pengurusan pendaftaran muallaf dan kebajikan muallaf di samping melihat operasi Rumah Perlindungan Muallaf Baitul Salam Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebagai rujukan untuk diadakan rumah pusat perlindungan muallaf di Kelantan kelolaan MAIK.

Program berakhir dengan lawatan sekitar rumah perlindungan muallaf Baitul Salam.