Rabu, 24 Rabiulawal 1439 / 14 Disember 2017
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

KONVENSYEN KELUARGA ISLAM SELANGOR 2017

SHAH ALAM 14 Oktober  -  Konvensyen Keluarga Islam Selangor 2017 anjuran Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kerjasama Gabungan NGO-I Kluster Dakwah Muslim & Non Muslim di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah diadakan di Dewan Masjid Negeri.

Konvensyen selama setengah hari ini dihadiri oleh peserta seramai 400 orang di kalangan wakil-wakil NGO dan pelajar IPTA dan IPTS bertujuan mendedahkan dan memberi penjelasan kepada peserta tentang kehidupan yang dituntut dalam Islam memandangkan statistik penceraian yang kini semakin membimbangkan.

Sebanyak 3 kertas kerja telah dibentangkan dalam konvensyen ini iaitu Perancangan Dan Pengurusan Kewangan Keluarga yang disampaikan oleh Tuan Afyan Mat Rawi dan Pendidikan dan Agama Keluarga disampaikan oleh Ustaz Muhammad bin Abdullah serta kertas kerja ketiga bertajuk Isu kesihatan dalam Keluarga yang disampaikan oleh Dr. Harlina Haliza Siraj.

Program ini dirasmikan oleh Ustaz Mohd Basori bin Umar, Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).