Rabu, 24 Rabiulawal 1439 / 14 Disember 2017
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

PROGRAM TAKLIMAT KESELAMATAN KEPADA PENGUSAHA RUMAH PEMULIHAN AL RIQAB DI NEGERI SELANGOR

16 Oktober 2017, Klang – Satu Taklimat Keselamatan Kepada Pengusaha Rumah Pemulihan Al Riqab telah diadakan pada 16 Oktober 2017 di Kompleks MAIS Klang. Ucapan aluan bagi Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Zulhusni bin Abdul Rashid, Penolong Pengurus Bahagian Pemulihan Al Riqab MAIS.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Tuan Zaidi bin Ahtan dan Tuan Ahmad Fauzi bin Kadri daripada Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Klang kepada 30 orang pengusaha Rumah Pemulihan di sekitar Negeri Selangor.

Tujuan taklimat ini diadakan adalah memberi pendedahan kepada pengusaha rumah pemulihan al Riqab tentang langkah-langkah pencegahan kebakaran serta memberi pendedahan kpd pengusaha utk memastikan premis sentiasa selamat. Di samping itu, taklimat ini juga Memberi pendedahan kepada pengusaha untuk bertindak pantas secara praktikal jika berlaku kebakaran dan memastikan setiap rumah pemulihan mempunyai pelan kecemasan jika berlaku kebakaran. Antara lainnya bertujuan supaya asnaf al Riqab yang menjalani pemulihan di rumah pemulihan al Riqab dapat menjalani pemulihan dalam keadaan selamat.