Rabu, 24 Rabiulawal 1439 / 14 Disember 2017
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

LAWATAN PENYELIDIKAN MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA KE BAITUL IMAN

ULU YAM BAHARU 26 Oktober  – Pusat Pemurniaan Akidah Baitul Iman MAIS telah menerima kunjungan daripada Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) baru-baru ini.

Delegasi seramai 13 orang  pegawai MSNM telah hadir diketuai oleh Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz, Ketua Pendaftar MSNM. Turut serta dalam rombongan adalah pegawai Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan pegawai daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Tujuan utama lawatan ke MAIS adalah untuk mendapatkan maklumat berhubung operasi keseluruhan Baitul Iman meliputi modul latihan, perjawatan, aspek keselamatan dan struktur bangunan. Di samping itu juga para delegasi dapat mengenali dengan lebih dekat lagi fungsi-fungsi Baitul Iman dan peranan Baitul Iman dalam menangani masalah sosial,keruntuhan moral dan akidah di kalangan remaja dan belia Islam yang kini semakin membimbangkan. 

Selain diberi pendedahan berkaitan perjalanan organisasi Baitul Iman, ahli-ahli delegasi juga turut diberi peluang mengutarakan pelbagai soalan bagi mendapatkan penjelasan isu yang dibangkitkan. 

Deleasi ini diraikan oleh Tuan Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS dan Ustaz Izhar bin Ismail, Penguasa Baitul Iman serta  pegawai-pegawai Baitul Iman. Di penghujung majlis, kedua-dua pihak saling bertukar cenderamata sebagai tanda kenangan dan majlis diakhiri dengan lawatan sekitar Baitul Iman.