Ahad, 29 Safar 1439 / 19 November 2017
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

LAWATAN KERJA MAJLIS UGAMA ISLAM SINGAPURA (MUIS) KE MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)

SHAH ALAM 2 November – Seramai 13 orang pegawai Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) telah mengadakan lawatan ke Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bertempat di Bilik Mesyuarat Al- Mukarramah, Bangunan Sultan Idris Shah.

Lawatan ini diketuai oleh Encik Mohamed Azam bin Abdul Aziz, Pengarah Kanan Kewangan & Pembangunan Aset MUIS bertujuan mendapatkan maklumat berhubung pengurusan harta baitulmal meliputi pengurusan harta pusaka dan hibah di samping melihat sistem yang digunapakai oleh MAIS terutama permohonan wasiat secara atas talian.

Perbincangan ini dipengerusikan oleh Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS. Turut hadir Puan Norzaihan bt Mohd Zain, Pengarah Baitumal dan Ustaz Indera Shahril bin Mohd Shahid, Pengurus Harta Baitulmal. Pelbagai persoalan dan buah fikiran dilontarkan sepanjang sesi perbincangan diadakan dan diharapkan perjumpaan seumpama ini dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara MAIS dan MUIS.